Pelayaran Islamik ke Banda Aceh
SUASANA dini hari menjelang subuh terasa sangat nyaman. Angin laut Selat Melaka bertiup sepoi-sepoi dan ufuk langit dihiasi ribuan bintang bak lampu berkerlipan. Dalam suasana dingin, sekumpulan jemaah khusyuk mendirikan solat sunat tahajud dan berzikir di tingkat 14 kapal persiaran mewah Costa Victoria milik sebuah syarikat dari Itali. Kemudian diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan mendengar majlis ilmu dari pelbagai asatizah popular yang turut menyertai pelayaran.