Find out our latest updates & news

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan pelayaran IslamiCruise Malaysia- Arab Saudi dalam satu majlis di ibu negara, di sini hari ini. Foto,Afiq Johari (TVS).

Pelancong Islam belanja RM15 bilion di Malaysia pada 2024

in
Berita,IslamiCruise® Malaysia - Saudia,Umum (General)

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Trend perbelanjaan oleh pelancong dari negara – negara Islam di Malaysia menunjukkan peningkatan sejak 2023 dan dijangka akan terus meningkat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia merekodkan kehadiran seramai 4.5 juta pelancong Islam pada 2023 yang menjana perbelanjaan sebanyak RM14.7 bilion.

Ujar beliau, pada tahun lepas pula seramai 4.83 juta pelancong Islam tiba di Malaysia dengan perbelanjaan mereka mencecah RM15 bilion setakat November.

“Unjuran pasaran kita jangka peningkatan akan terlihat sebanyak 1.25 peratus setiap tahun dan ini insya-Allah akan meletakkan Malaysia dalam posisi terbaik untuk menguasai sebahagian besar pasaran pelancongan muslim menjelang 2028.

“Bagi tahun lepas lima negara Islam utama yang menyumbang ketibaan pelancong ke Malaysia adalah dari Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan dan saya berharap kita akan turut menarik pelancong dari Oman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap melancarkan pelayaran IslamiCruise Malaysia – Arab Saudi di ibu negara di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Pelayaran dua hala itu merupakan hasil kerjasama syarikat tempatan,IslamiCruise dengan syarikat kapal pelayaran milik Kerajaan Arab Saudi, Aroya Cruise.

Menerusi pakej itu, seramai 6,000 pelancong dari Arab Daudi dijangka akan tiba di Malaysia menjelang Januari 2026.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri untuk terus menarik kehadiran pelancong muslim.

“Ini termasuk memiliki prasarana lengkap melibatkan penginapan serta kemudahan mendapatkan makanan halal yang diiktiraf,” katanya. – TVS.

Aroya Cruise, Aroya Cruises, Chartered IslamiCruise, Cruise Islamik, Cruise Muslim, Cruise Muslim Sewa Khas, Cruise Sewa Khas, Cruise to Jeddah, Dato Sri Zahid Hamidi, Founder IslamiCruise, Founder Pelayaran Islamik, Islamic Cruise, IslamiCruise, Pelayaran Islamik, Suhaimi Abd Ghafer, TV Sarawak, Visit Malaysia, Visit Malaysia 2026, Visit Saudi, Zahid Hamidi
Berita, IslamiCruise® Malaysia - Saudia, Umum (General)

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

Scroll to Top