Prasarana pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim yang baik antara sebab Malaysia berjaya menarik pelancong Muslim, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Admin
07:01:08 January 22, 2025
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi, dan Kazakhtan penyumbang utama pelancong Islam ke Malaysia.
KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan kemasukan 4.82 juta pelancong Muslim setakat November tahun lepas, yang akan menjana pendapatan dianggar melebihi RM15 bilion.
Angka tersebut merupakan suatu peningkatan, dari 4.5 juta pelancong Muslim pada 2023 yang menjana RM14.7 bilion.
“Pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim terkemuka oleh Global Muslim Travel Index membuktikan keunggulan kita dalam segmen ini,” kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam ucapan pelancaran IslamiCruise Malaysia-Saudi.
Pad 2024, lima negara iaitu Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi, dan Kazakhtan penyumbang utama pelancong Muslim ke Malaysia.
“Ini mencerminkan potensi besar yang kita ada untuk menarik lebih ramai pelancong melalui kerjasama strategik,” katanya.
Zahid berkata berdasarkan unjuran pasaran, pelancong Muslim dijangka meningkat sekitar 1.2% setiap tahun sekaligus meletakkan Malaysia pada posisi untuk menguasai sebahagian besar pasaran ini menjelang 2028.
Katanya, prasarana pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim yang baik, termasuk pilihan hotel, restoran, produk serta perkhidmatan disahkan halal atau mesra Muslim antara sebab Malaysia berjaya menarik pelancong Muslim.
“Keyakinan terhadap industri halal di Malaysia juga menjadi antara pemacu utama kepada segmen pelancongan Islam ini melalui kepelbagaian makanan dan minuman yang diyakini halal, festival makanan dan pengalaman kulinari menarik yang ditawarkan.
“Perkembangan ini juga disokong oleh bantuan kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan Islam melalui inisiatif yang dibangunkan oleh agensi-agensi seperti Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,” katanya.
Sementara itu, Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Tahun Melawat Malaysia 2026, memaklumkan bahawa kerajaan mensasarkan kemasukan lebih 35.6 juta pengunjung, yang dijangka menjana pendapatan RM147.1 bilion.
“Besar harapan saya agar IslamiCruise Malaysia-Saudi yang dijangka mampu menarik lebih 70% penumpang luar negara terutamanya dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Tenggara dapat turut sama menyumbang secara signifikan bagi mencapai sasaran tersebut,” katanya.
Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®
Developed by luqmänsmy
Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved