Find out our latest updates & news

Kapal mewah Costa Victoria, Itali yang menjanjikan pelayaran hebat ke destinasi menarik sambil beribadah.

Pelayaran Islamik ke Banda Aceh

in
Berita,Pelayaran ke Acheh

SUASANA dini hari menjelang subuh terasa sangat nyaman. Angin laut Selat Melaka bertiup sepoi-sepoi dan ufuk langit dihiasi ribuan bintang bak lampu berkerlipan. Dalam suasana dingin, sekumpulan jemaah khusyuk mendirikan solat sunat tahajud dan berzikir di tingkat 14 kapal persiaran mewah Costa Victoria milik sebuah syarikat dari Itali. Kemudian diteruskan dengan solat subuh berjemaah dan mendengar majlis ilmu dari pelbagai asatizah popular yang turut menyertai pelayaran.

Mendapat siraman rohani di tengah samudera luas, sungguh pengalaman luar biasa. Inilah sekelumit pengalaman pertama kali menunaikan solat, berzikir dan beribadah di atas kapal mewah yang tidak akan terlupakan. Kali ini pencetus Pelayaran Islamik, Suhaimi Abd Ghafer yang juga Pengarah Urusan IntraTama, membawa idea segar belayar di musim cuti sekolah bermula 25 hingga 29 November ke destinasi Serambi Mekah, Banda Aceh, Indonesia.

Bersama selebriti popular dalam dan luar negara seperti Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang, Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Ustaz Rozie Rejab, Imam Muda Hafiz, Raihan dan Yusuf Estes serta isteri, akan menemani peserta pelayaran selain berkongsi ilmu dan pengalaman.

Pelayaran ini turut dipenuhi dengan forum, majlis ilmu, bacaan al-Quran bertaranum serta #QuranHour yang pertama seumpamanya dan terbesar dalam sejarah.

Malah kali ini turut dianjurkan buat pertama kali program World #QuranHour dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) yang juga penggerak program Rumah Ngaji. Kesepakatan ini hasil pertemuan Pelayaran Islamik dengan Pengasas YWUI, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menyambut baik gagasan berinteraksi, tadabur dan tazakur dengan al-Quran sambil belayar di atas samudera luas.

Lebih manis lagi pelayaran kali ini akan turut diserikan dengan bacaan al-Quran bertaranum oleh Ustazah Sharifah Khasih Fadzillah Syed Badiuzzaman, johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa dan kebangsaan 2009.

Program selama lima hari empat malam tersebut termasuklah penginapan, makan dan minum di atas kapal cruise, kuliah dan aktiviti, lawatan di Aceh, makan tengah hari, sumbangan kepada anak-anak yatim, tahfiz serta orang miskin.

Belayar sambil ibadah

Pelayaran yang bermula dari Singapura ini menggunakan Costa Victoria Cruise dari Itali bertaraf empat bintang yang disewa khas sepenuhnya, di samping penutupan kasino serta tiada penjualan minuman keras dan persembahan yang melampau. Selain itu, percutian ini juga merupakan percutian santai, namun dipenuhi dengan forum dan majlis ilmu serta bacaan al-Quran bertaranum serta #QuranHour yang pertama seumpamanya dan terbesar dalam sejarah.

Tidak cukup dengan itu, peserta juga diberikan layanan kelas pertama untuk makan di restoran ‘Fine-Dining’ mewah secara percuma, dan lain-lain. Kedai bebas cukai yang besar dan dijamin murah serta berkualiti.

Peserta diajak bangun seawal 5 pagi melaksanakan qiamulail selain aktiviti ibadah lain termasuk solat berjemaah di dek paling atas, tazkirah, serta ceramah.

Beli 1 Percuma 1

Berkongsi pengalaman menyertai pelayaran tersebut, seorang warga emas, Norma Salleh, 71, memberitahu, ia merupakan pengalaman kali pertama menaiki kapal persiaran seperti itu.

“Menunaikan solat di atas kapal ini terasa begitu tenang, apatah lagi berbumbungkan langit,” jelasnya.

Pengalaman istimewa turut dirasakan seorang anak muda, Abdul Shaifullah Abdul Jalil, 27, yang berkhidmat di Masjid Al-Ansar, Beduk, Singapura. Katanya, menikmati solat dan zikir berbumbungkan langit di tengah samudera luas, menyebabkan air matanya tumpah kerana merasakan betapa kerdilnya di tengah kebesaran ciptaan-Nya ketika berada di samudera luas.

Pasangan guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Puchong, Selangor memberi tahu, mereka menyertai program Pelayaran Islamik kerana yakin ini cara terbaik mengisi perjalananan bermanfaat bersama suami, meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-10. “Di samping menikmati pelayaran di atas kapal mewah, kami juga berpeluang meningkatkan pengetahuan agama dengan melalui program ceramah dan tazkirah yang telah disusun penganjur sepanjang pelayaran,” ujar Rohana Denis.

Istimewa buat yang berminat menyertai Pelayaran Islamik ke Serambi Mekah Banda Aceh, tawaran di saat akhir, penganjur membuka peluang tawaran Beli 1 Percuma 1 dengan harga pakej bermula RM 3,977.

Source: Sinar Harian
Tags :

Aceh, Banda Aceh, Banda Acheh, Chartered IslamiCruise, Costa Victoria, Cruise Islamik, Cruise Muslim, Cruise Muslim Sewa Khas, Islamic Cruise, IslamiCruise, IslamiCruise 25.0, Pelayaran Islamik, Pelayaran Islamik 25.0, Pelayaran ke Aceh, Sabang Island, Sabang Port, Suhaimi Abd Ghafer
Berita, Pelayaran ke Acheh

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

Scroll to Top