Bercuti Secara Islamik di Kapal Cruise Mewah Malaysia?
Admin
05:06:00 June 30, 2017
in
Berita,Umum (General)
Bila sebut pakej pelayaran mesti dikaitkan dengan trend mewah-mewah. Seumpama berpesta atas kapal cruise sambil bercuti.
Tetapi pendekatan yang berbeza dilakukan oleh pihak Pelayaran Islamik dimana secara keseluruhan program yang akan dilakukan diterapkan dengan unsur dan nilai-nilai Islamik. Jika anda perasan di ASTRO ada rancangan khas yang dibawakan bersama Ustaz Mohd Kazim Elias di atas cruise untuk Pelayaran Islamik 1.0.
Kali ini dibuka untuk Pelayaran Islamik 23.0 yang masih menggunakan pendekatan yang sama pada 30/07/2017 – 02/08/2017 daripada Penang melalui Phuket dan Krabi
Percutian di atas kapal mewah sambil melakukan aktiviti dakwah dan Islamik membuatkan anda teringin untuk menyertai bersama. Dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di atas kapal Star Cruise Libra memang mengamit untuk sertainya. Antaranya adalah:
Ceramah dan Kuliah
Qiyamulail
Zikir dan selawat
Sesi soal jawab bersama ustaz
Program Ziarah
Mengetahui cara menentukan kedudukan kiblat
Pelajari Solat Jama’& Qasar
Makan Malam Kesyukuran
Nota: Semua ceramah dan takzirah di dalam Bahasa Melayu
Aktiviti yang dilakukan di atas kapal
Mendengar ceramah agama daripada Ustaz yang terhebat
Untuk lebih terperinci anda boleh ke website, Pelayaran Islamik. Untuk makluman, sebahagian harga pakej akan disumbangkan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan fakir miskin. Sambil bercuti sambil beramal malah mendapat ilmu sekali. Berbaloi sangat.
Melihat matahari terbenam di atas kapal
Ini adalah sedikit sebanyak ciri-ciri tentang Star Cruise Libra
Gross Tonnage : 42,285grt Panjang : 216.3m/709.64ft Lebar : 32.64m/107.09ft Average Cruising Speed (knots) : 17kn Maximum Cruising Speed (knots) : 20kn Number of Stabilizers : 2 Bow Thrusters : 2 Stern Thrusters : 1 Full Satellite Navigation System : 2 Number of Cabins : 718 Passenger Capacity (based on lower berths) : 1,436 Boleh ikuti link di bawah untuk merasai sendiri secara virtual, Star Cruise Libra.
Pelayaran ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti atas kapal, untuk menghilang tekanan kerja ataupun berbulan madu. Sambil menikmati permandangan matahari terbit dan terbenam memang mengasyikkan daripada atas kapal.
Selain itu, anda boleh hadiahkan kepada ibubapa, hadiah untuk ulang tahun perkahwinan. Pendaftaran adalah TERHAD mengikut pakej yang ditawarkan. Jom cepat-cepat daftar untuk orang kesayangan anda ataupun untuk diri sendiri!