Menurut pengarah urusannya, Suhaimi Abd Ghafer, konsep yang digunapakai oleh pihaknya mendapat kebenaran beroperasi menggunakan makanan halal yang diiktiraf JAKIM.
“Disini pelayaran Islamik tampil dengan konsep percutian dan kita tidak menggunakan konsep ceramah agama semata-mata tetapi lebih kepada konsep percutian keluarga, bulan madu, namun masih menekankan konsep halal yang kita tidak boleh kompromi langsung.
“Kami berurusan dengan JAKIM sahaja dimakan kita berhubung dengan panel luar negara yang mempunyai hubungan dengan JAKIM,” katanya kepada pemberita hari ini.
Bermula dengan program Kembara Datuk Ustaz Kazim Elias (Kembara UKE), program ini kini ditukar kepada Pelayaran Islamik berkonsepkan penganjuran program agama di atas kapal mewah.
Pelayaran siri ke 22 ini menamakan sebut harga pakej daripada RM2,577 sehingga RM3,077 seorang untuk pelayaran tiga hari dua malam.
Pelayaran terbabit menampilkan penceramah terkemuka termasuk Ustaz Zambri Mantap, Pencetus Ummah Lokman dan kumpulan nasyid terkenal, Raihan. -MalaysiaGazette.