...

Find out our latest updates & news

AHMAD Zahid Hamidi melancarkan Malaysia-Saudia: Pencapaian Bersejarah Terbaharu Islamicruise di Kuala Lumpur.-UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI

Malaysia catat 4.82 juta pelancong muslim tahun lalu.

in
Berita,IslamiCruise® Malaysia - Saudia,Umum (General)

PETALING JAYA: Malaysia berjaya mencatat kedatangan pelancong muslim sebanyak 4.82 juta dari pelbagai negara dengan anggaran pendapatan RM15 bilion sehingga November tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah berkenaan menyumbang lebih 20 peratus daripada keseluruhan industri pelancongan keseluruhan negara.

Katanya, ia sekaligus memberi pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim terkemuka oleh Global Muslim Travel Index (GMTI).

“Negara kita mempunyai infrastruktur pelancongan Islam dan hospitaliti mesra Muslim yang dibangunkan dengan baik, termasuk pilihan hotel, restoran, produk serta perkhidmatan yang disahkan halal atau mesra-Muslim.

“Keyakinan terhadap industri halal di Malaysia juga menjadi antara pemacu utama kepada segmen Pelancongan Islam ini melalui kepelbagaian makanan dan minuman yang diyakini halal, festival makanan dan pengalaman kulinari menarik yang ditawarkan.

“Selain itu, perkembangan ini juga disokong bantuan kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan Islam melalui inisiatif yang dibangunkan oleh agensi-agensi seperti Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” katanya dalam Majlis Pelancaran Islamic Cruise Malaysia-Saudia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap dengan pelancaran IslamiCruise Malaysia-Saudia mampu menarik lebih 70 peratus penumpang luar negara terutamanya dari Timur Tengah, Eropah dan Asia Tenggara.

“Ia sekaligus dapat menyumbang secara signifikan bagi mencapai sasaran kemasukan lebih 35.6 juta pengunjung yang dijangka menjana pendapatan RM147.1 bilion buat negara,”jelasnya.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama berkata, konsep Blue Ocean Strategy (BOS) disifatkan sebagai pendekatan terbaik untuk mencipta pasaran baharu tanpa persaingan langsung. – UTUSAN

Aroya Cruise, Aroya Cruises, Chartered IslamiCruise, Cruise Islamik, Cruise Muslim Sewa Khas, Cruise to Jeddah, Dato Sri Zahid Hamidi, Founder, Founder IslamiCruise, Founder Pelayaran Islamik, Islamic Cruise, IslamiCruise, Pelayaran Islamik, Suhaimi Abd Ghafer, Utusan Malaysia, Visit Malaysia, Visit Malaysia 2026, Visit Saudi, Zahid Hamidi
Berita, IslamiCruise® Malaysia - Saudia, Umum (General)

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.