Find out our latest updates & news

Pelayaran Islamik 3.0 – Bercuti Sambil Beramal Dengan Kapal Cruise

in
Berita,Umum (General)
Hi Korang,
Pernah dengar bercuti sambil beramal, belum pernah ada lagi dalam sejarah Malaysia dan juga yang pertama di dunia.
 
Itulah asyik travel naik flight je kan, why not kita tukar selera bercuti dengan kapal cruise. Menikmati keindahan alam sambil melawat tempat-tempat menarik, di samping dapat beramal jugak
Ni meh aku sharekan sedikit info untuk korang ye
 
Pelayaran Islamik 3.0 adalah anjuran INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD atau (ITCT). Ianya menyediakan khidmat professional dan kini mengambil langkah setapak lagi untuk maju kehadapan dengan meneroka dalam penjelajahan melalui cruise. “ Syukur, Tenang dan Damai” , insyallah akan memberikan satu pengalaman manis di mana pelayaran kali ini adalah bercuti sambal beramal ibadat di atas cruise. 
 
Pelbagai aktiviti akan di adakan seperti
-Kuliah agama merangkumi cara solat Jama’ dan qasar, mengetahui arah kiblat yang sebenar. 
-Qiyamulail 
-Zikir dan selawat 
-Ceramah Agama dari tokoh –tokoh agama yang terlibat 
-Seisi soal jawab bersama ustaz 
-Makan Malam Kesyukuran 
Antara tokoh-tokoh agama yang bakal mengikuti pelayaran islamik ini adalah seperti 
Ustaz Badlishah 
Sheikh abdelaziz Ghonim 
Dato Hassan Mahmud 
Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah 
Imam Muda Miril 
Pelayaran Islamik merupakan pelayaran pertama di dunia yang menawarkan sepenuhnya program-program islamik sepanjang pelayaran. Pelayaran Islamik 3.0 akan bermula dari Penang – Phuket – Krabi dan akhir sekali berlabuh di Penang.Dari Februari 1 hingga Februari 4, 2015 semuanya akan bermula di Star Cruise Libra.
 
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan Pakej Pelayaran Islamik 3.0 ni?
 
Sesuatu yang tak pernah aku dengar sebelum ni, kita kalau bercuti tu kekadang solat pun sampai termiss dibuatnya. Dengan adanya bercuti berkonsepkan islamik, at least kita boleh menambahkan pengetahuan kita mengenai islam itu sendiri. Bukanlah selama ni tak reti langsung hukum hakam but kita boleh belajar lagi ilmu-ilmu agama yang sebelum ni kita tak terdedah pun melalui ceramah-ceramah dan sessi soal jawab bersama ustaz dan ustazah yang terpilih ni. 
 
Tak delah nak menunjuk-nunjuk tapi selagi kita boleh cari ilmu so ada kesempatan belajarlah kan.
 
Ok meh sambung lagi citer pasal pelayaran islamik 3.0 ni ek
 
Banyak lagi aktiviti menarik yang bakal di lakukan semasa di Phuket antaranya: 
1. Lawatan Ke Sekolah Pondok @ Phuket, Solat Zohor & Asar(Jama’), 
2. Lawatan ke Premium Outlet Phuket (POP) 
3. Membeli belah @ Patong Jetty 
 
Manakala di Krabi antara aktiviti yang bakal di terokai bersama 
1. Lawatan sekitar Krabi 
2. Ceramah Perdana di Masjid @ Krabi 
 
Selain itu peluang yang tidak patut di lepaskan ialah melihat sendiri bagaimana matahari terbit dan matahari terbenam dari Star Cruise Libra semestinya adalah pengalaman yang tidak bisa di ucap dengan kata-kata. Begitu besarnya kebesaran Allah memberi peluang untuk melihatnya. 
Bagaimana ingin mendaftar
 
Senang sahaja klik di Pelayaran Islamik 3.0 di mana ada 4 langkah yang perlu di sempurnakan
 
Pilih pakej: Di sini terdapat beberapa pilihan kabin dan harga setiap kabin adalah berlainan.
 
Sedikit informasi:
 
Bayi 6 Bulan ke 24 Bulan @ 25% dari harga pakej pilihan
 
Perhatian: Pakej adalah tertakluk kepada kekosongan kabin “Berkonsepkan Siapa Cepat Dia Dapat” 
Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge 
Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi 
 
Sebahagian daripada harga pakej insyallah akan di salurkan kepada rumah anak-anak yatim, pusat tahfiz dan fakir. Insyallah segala amal ibadat di berkati dan di rahmati Allah SWT
Jika inginkan maklumat lebih lanjut :
 
Website: http://www.PelayaranIslamik.com
 
Email : info@pelayaranislamik.com
 
Alamat :
 
No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
 
Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010
Cruise Islamik, Cruise Muslim Sewa Khas, IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd, Islamic Cruise, IslamiCruise, Pelayaran Islamik, Suhaimi Abd Ghafer
Berita, Umum (General)

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

Scroll to Top