Suhaimi (dua, kanan) bersama Harith (dua, kiri) ketika majis menandatangi perjanjian persefahaman Pelayaran Islamik yang terbuka kepada kira-kira 300 peserta sahaja.
Admin
08:09:31 September 14, 2015
SEJAK diperkenalkan pada tahun 2014, Pelayaran Islamik anjuran IntraTama Consultant & Tours (M) Sdn Bhd, semakin mendapat sambutan hebat. Pengasasnya, Suhaimi Abd Ghafer berkata, trend tersebut membuka ruang kerjasama antara IntraTama Consultant & Tours dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) untuk menarik lebih ramai Muslim merasai pengalaman percutian bersama kapal mewah dengan pengisian ilmiah.
“Setakat ini, syarikat sudah berjaya menganjurkan 19 pelayaran Islamik. Bermula dari pelayaran pertama, menerusi program Kembara Ustaz Kazim Elias (Kembara UKE) dengan kerjasama TV Alhijrah, ia berjaya membuka mata orang ramai terhadap konsep percutian ini. “Jika dulu, kami bertungkus lumus dari segala aspek promosi dan jualan, kini kami lebih terbuka dan sedia bekerjasama dengan Bumitra, di mana ejen pelancongan di bawahnya berpeluang berkongsi rezeki bersama,” katanya yang ditemui ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama Bumitra di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Perjanjian itu disempurnakan bersama Presiden Bumitra, Harith Mohd Ali. Mengulas mengenai konsep pelayaran Islamik, Suhaimi berkata, pihaknya sangat mementingkan aspek halalan thoiyiban (halal lagi baik), di samping menganjurkan pelbagai program pengisian ilmiah peserta.
“Perkara paling penting pastinya tentang makanan dan kami telah mendapatkan kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status Halal Jakim di restoran dalam kapal pelayaran. “Dari segi pengisian, kami turut mengadakan pelbagai program dan pastinya penglibatan tokoh agama dan penceramah terkenal. “Selain kuliah dan tazkirah, pelayaran Islamik juga mengadakan qiamullail dan solat berjemaah.“Program kebajikan juga menjadi sebahagian agenda penting yang mana setiap destinasi yang dituju akan menjalinkan ukhuwah antara Muslim menerusi lawatan tahfiz, anak yatim dan mangsa bencana,” katanya.
Tahun ini, syarikatnya bakal menganjurkan lima Pelayaran Islamik dengan pakej berpatutan melibatkan beberapa destinasi, terdekat Pelayaran Islamik 20.O di Hanoi, Halong Bay, Vietnam, selama lima hari, empat malam, pada 7 hingga 11 April, diikuti pakej sama (Pelayaran Islamik 21.O) pada 10 hingga 15 Mei.
“Harga bermula RM3,497.00 seorang dan ia sudah merangkumi tiket penerbangan, penginapan hotel, makan dan minum, serta pelbagai aktiviti yang tersedia. Pendek kata, peserta hanya perlu membawa duit shopping sahaja.
“Penyertaan hanya terbuka kepada 200 hingga 300 peserta sahaja,” katanya.
Layari Facebook Pelayaran Islamik untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, Presiden Bumitra, Harith Mohd Ali, berkata, kerjasama IntraTama Consultant & Tours dan persatuannya mengembangkan lagi industri pelancongan berkonsepkan Islamik di negara ini, selain memberi peluang kepada lebih ramai Muslim merasai pengalaman percutian kapal mewah dengan penuh pengisian.
Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®
Developed by luqmänsmy
Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved