...

Find out our latest updates & news

PELAYARAN ISLAMIK MARATHON MEMBUKA TIRAINYA KE PULAU PINANG

in
Berita,Pelayaran Islamik Marathon,Umum (General)

Membuka tirai tahun 2024, kali ini siri Pelayaran Islamik diadakan secara Marathon bermula pada 17 Januari 2024 selama 3 hari 2 malam ke Pulau Pinang dari Port Klang yang merupakan Pelayaran Islamik 44.0. Lebih 250 orang telah menyertai pelayaran kali ini dan ternyata telah mendapat sambutan yang cukup hebat sejak penyertaannya dibuka.

Siri Pelayaran Islamik ini akan berterusan sehingga 28 Januari 2024 yang akan menampilkan barisan asatizah terkenal seperti Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin) Fazrul Ismail Husaini Mahmur AQ5 Fakhrul UNIC Ustaz Haslin Baharim Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Raihan Official Ustaz Wadi Annuar Mohd Hafiz Abdul Khodir Daqmie Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre Ustazah Muzayyanah Syed Jamalush Shaariff Benyahya.

Menurut  Pengarah Urusan IntraTama, Suhaimi Abd Ghaferpelayaran kali ini akan  menggunakan kapal persiaran dari Itali, Costa Serena.

“Dengan kehadiran asatizah (penceramah) jemputan yang terkenal dan berwibawa, peserta bukan hanya berpeluang menikmati segala kemudahan yang ada di atas kapal mewah itu tetapi turut dihidangkan dengan santapan rohani untuk mengupas pelbagai topik berkaitan sifat syukur yang menjadikan seorang itu tenang,” katanya 

Antara aktiviti yang dilakukan ialah qiamullail, zikir sebelum menunggu solat subuh di atas dek, solat subuh secara berjemaah, tazkirah selepas solat subuh, solat jamak dan qasar secara berjemaah, ceramah dan forum perdana.

Program ini membuktikan bahawa dakwah dan mengubah diri kepada menjadi lebih baik tidak semestinya perlu hanya di masjid atau surau, sebaliknya boleh dilakukan sepanjang masa dan di mana sahaja kita berada.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pelayaran Islamik di laman web www.pelayaranislamik.com atau hubungi ‪03-61850010‬ atau whatsApp ‪012-3600148‬ atau datang sendiri ke pejabat Pelayaran Islamik di No 2.08, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.

Costa Cruise, Costa Serena, Cruise Islamik, Islamic Cruise, IslamiCruise, Pelayaran Islamik, Pelayaran Islamik Marathon, Phuket, Port Klang, Santai Travel, Suhaimi Abd Ghafer
Berita, Pelayaran Islamik Marathon, Umum (General)

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.