Admin
08:12:59 December 1, 2017
KUALA LUMPUR – “Saya pun tidak sangka yang saya berpeluang menyertai pelayaran Islamik untuk siri ke 25 ini kerana ianya benar-benar membawa satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya”, Hasmah Ismail. Guru yang berasal dari Ketereh Kelantan ini, cukup teruja dengan Pelayaran Islamik, kerana beliau tidak menyangka akan berpeluang sertai pelayaran sebegini.
“Saya tengok iklan didalam media, macam menarik sahaja, sebab tu saya cuba hubungi dan saya berjaya sertai. Keseluruhan program ini amat bagus kerana ianya penuh dengan pengisiaan seperti Qiamulail, Quran Hour dan banyak lagi program berbentuk ibadah yang disusun sepanjang pelayaran kami”, ujar beliau.
Beliau turut memuji dan berterima kasih kepada pihak di Banda Aceh kerana layanan yang diberikan sepanjang berada di Bumi Serambi Makkah itu.
“Ada kawalan dari Pihak Polis, jadi bas tidak hadapi masalah kesesakan lalu lintas, dari awal sampai habis polis kawal rombongan kami.
Saya juga terkejut dan rasa teruja bila sampai di Terminal Feri Sabang, peserta dimaklumkan Pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat Sheikh Yusof Estes turut sama berada dalam Feri”, katanya lagi.
Sheikh Yusof Estes diterbangkan khas oleh Penganjur Pelayaran Islamik dari Subang. Sebelum itu, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa SIngapura selama 12 jam sebelum dihantar pulang ke Lapangan Terbang Subang.
Bagi Puan Rubiah Hassan pula, pengalaman ke Aceh dan solat di Masjid Raya Baiturrahman adalah satu pengalaman berharga, ditambah pula dapat mendengar kuliah ringkas dari Sheikh Yusof Estes.
“Saya suka pelayaran ini kerana ianya satu pengalaman baru terutama dapat menjejakkan kaki ke Bumi Aceh. Kawan-kawan yang dah pergi Aceh memang selalu menyuruh saya pergi ke Aceh bila ada peluang, jadi bila dan pencen ni, Pelayaran Islamik pula buat program ke Aceh jadi saya tidak melepaskan peluang, Syukur Alhamdulillah dapat juga tunaikan impian ini”, katanya lagi.
Pelayaran Islamik siri ke 25 ini berlepas ke Aceh dari Singapura pada 25 November yang lalu dan kembali ke SIngapura pada 29 November.
Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®
Developed by luqmänsmy
Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved