...

Find out our latest updates & news

AHMAD Zahid Hamidi melancarkan Malaysia-Saudia: Pencapaian Bersejarah Terbaharu Islamicruise di salah sebuah hotel di ibukota hari ini. UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI

Tambahan 6,000 pelancong asing hasil kerjasama Arab Saudi, Malaysia

in
Berita,IslamiCruise® Malaysia - Saudia,Umum (General)

PETALING JAYA: Perintis pelayaran persiaran Islamik di dunia, IslamiCruise International Sdn Bhd (IslamiCruise International), yakin mampu menjana kemasukan 6,000 pelancong ke Malaysia menerusi pelayaran IslamiCruise Malaysia-Saudia menjelang Januari 2026.

Pelayaran dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia ini merupakan hasil kerjasama IslamiCruise bersama syarikat kapal pelayaran milik kerajaan Arab Saudi, Aroya Cruises.

Pengasas IslamiCruise International, Suhaimi Abd Ghafer berkata, kerjasama ini sekaligus dapat membantu menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Sebagai pemain industri pelancongan Islamik di Malaysia dan dunia, kami yakin keunikan dan keistimewaan yang ada mampu memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra-Muslim kepada pelancong-pelancong dari Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah, serta pelancong-pelancong dari Eropah dan Asia Tenggara,” katanya dalam Majlis Pelancaran IslamiCruise Malaysia-Saudia hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, majlis pelancaran itu merupakan kerjasama strategik kelima sejak IslamiCruise merintis industri pelancongan Islamik dunia dengan konsep pelayaran persiaran Islamiknya 10 tahun dahulu.

 

“Pelayaran Malaysia-Saudia ini juga bersejarah kerana berjaya mencatat satu rekod yang unik dalam industri pelayaran persiaran dunia.

“Ia juga perkhidmatan pelayaran pelancongan sewa khas terpanjang dunia dengan tempoh 26 malam berturut-turut,” jelasnya. – UTUSAN

Aroya Cruise, Aroya Cruises, Chartered IslamiCruise, Cruise Islamik, Cruise Muslim Sewa Khas, Cruise to Jeddah, Dato Sri Zahid Hamidi, Founder, Founder IslamiCruise, Founder Pelayaran Islamik, Islamic Cruise, IslamiCruise, Pelayaran Islamik, Suhaimi Abd Ghafer, Utusan Malaysia, Visit Malaysia, Visit Malaysia 2026, Visit Saudi, Zahid Hamidi
Berita, IslamiCruise® Malaysia - Saudia, Umum (General)

Share This Post :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Special Promo & Early Bird deals

Be the earlier to register and grab special deal from IslamiCruise®

NO 2.08 (2nd Flr), JALAN PRIMA SG1,
Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

Register now

Be one of our upcoming IslamiCruise® trip now

Developed by luqmänsmy

Copyright © 2016 – 2024. All rights reserved

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.